Oleh:: Nurul Akma
“Hana ! kenapa awak tak buatkan saya breakfast ? ”Pagi-pagi lagi Zafriel sudah menggegarkan rumah banglo dua tingkat itu.
“Hana tak sihatlah hari ni abang .”Memang hari ni dia rasa macam tak sihat. Mungkin sebab penat sangat kot . “Saya tak peduli .Bila saya turun nanti saya nak breakfast dah ada atas meja dah .” “Buat cepat sikit , jangan nak berangan jadi mem besar dekat rumah ni .”Sinis sungguh ayat yang dituturkannya.
Hana segera menyiapkan sarapan buat suaminya.Dia membakar dua keping roti dan membuat secawan muk air milo panas. Zafriel turun dengan memakai kemeja putih berbelang merah dan berseluar slack hitam . Di lengannya juga disangkutkan blazer hitam miliknya. Hana meletakkan sarapan buat suaminya di atas meja.
Zafriel duduk di meja makan lalu menjamah sarapannya. Hana hanya mendiamkan diri dan berlalu ke biliknya. Dia ingin berehat di biliknya kerana pening. Sebelum berlalu dia sempat mencuri pandang ke arah suaminya. Zafriel memang kacak . Patutlah ramai perempuan yang menggodanya. Kiranya dia amat beruntung kerana memiliki Zafriel.
Zafriel yang sedang menikmati sarapan hanya membiarkan Hana berlalu ke bilik begitu sahaja. “Dia merajuk dengan aku ke ?” Tiba-tiba hati Zafriel terdetik rasa bersalah . “Sepatutnya aku tak patut marah kat dia sampai macam tu , di kan demam hari ni” Bisik hati kecilnya.Walaupun Zafriel tidah pernah ada perasaan sayang pada isteri yang terpaksa dikahwininya itu,tapi dia tetap ada rasa belas kasihan. Hana merupakan pilihan keluarganya. Dia terpaksa mengahwini Hana kerana papa dan mamanya terhutang budi dengan pertolongannya semasa nyawa mamanya hampir melayang akibat dirempuh oleh sebuah kereta. Mereka yakin Hana mampu menjaga dan membahagiakannya.
Zafriel segera menghabiskan sarapannya dan bergegas menghidupkan enjin kereta Honda miliknya.Sebelum pergi dia sempat mengingatkan isterinya supaya menjaga rumah. Kereta Zafriel pantas meluncur laju membelah jalan raya yang agak lengang pada waktu pagi begini.
Selamat pagi bos ! Staf-staf yang terserempak dengan Zafriel pasti akan menegurnya.Selamat pagi. Zafriel membalas.Zafriel memang nampak peramah waktu pagi macam ni , tapi bila dah masuk dalam pejabat dia berubah.Semua staf di syarikatnya gerun dengannya kerana dia seorang yang tegas .Pantang ada yang salah , mesti terbang kertas kerja dilemparnya . Ramai juga staf yang tidak tahan asyik dimarah meletak jawatan .
“Saya nak awak betulkan kesalahan ni sekarang !” Pukul 2.00 petang nanti saya tau mesti dah ada atas meja saya” Faham!? Staf itu hanya menganggukkan kepala dan berlalu pergi. “Diorang ni asyik nak bagi aku marah je .” “ Buat kerja tu betul-betullah sikit .”Gumam hati Zafriel .Butang interkom pantas ditekan.” “Saya ada meeting tak petang ni Liza ?” “Ada , pukul 3.30 petang nanti.”Jawab setiausahanya.Liza merupakan setiausaha yang bertahan paling lama bekerja dengannya . Nak dekat sepuluh kali dah dia menukar setiausaha sebab semuanya letak jawatan . Mungkin tidak tahan dengan perangainya yang cerewet itu.
Tok! Tok ! Tok! Siapa pulak yang datang ni ? Masuk! Sepupu dia rupanya , Amalin. “Zaf , jom teman I lunch ?” “ I sibuklah hari ni .” You pergi sendiri jelah ekk? Zafriel menolak . Sepupunya ini memang tak faham bahasa . “Sekejap aje , please?” Amalin dah mula tayang muka seposen. “I busy ni .” “Nanti kita lunch la sama-sama ye.”Zafriel memujuk.
“Okey , bye.”Amalin keluar dengan perasaan kecewa.
Hari ni meeting tamat pukul 5.30 petang .Banyak kali dah dia call isterinya sebab dia balik lewat hari ni. Tapi satu pangggilan pun tak diangkat Hana. “Takkan demam sampai macam ni ?” Zafriel agak hilang sabar dengan sikap isterinya .
Zafriel memandu agak laju pulang ke rumah . Keretanya diparkir di garaj.Dia mengerling jam di tangan .Dah pukul 8.40 malam .Dia membuka pintu rumah perlahan-lahan. “Gelapnya , mana Hana ni ?”Takkan buka lampu pun tak larat langsung? Zafriel pantas menekan suis lampu di ruang tamu .
Dia rasa macam nak marah aje dekat Hana sekarang ni . Zafriel pantas menuju ke bilik isterinya.Dia membuka pintu perlahan-lahan.Alangkah terkejutnya dia melihat isterinya sedang berbaring di atas katil dengan selimut menutupi hingga kepalanya. Biliknya hanya ditemani cahaya lampu tidur yang suram.
Hilang rasa marah yang bersarang di hatinya tadi apabila melihat isterinya begitu .Hana tersedar kerana terasa ada seseorang duduk di tepinya . Bila dia ingin membuka mata , kepalanya terasa berpusing kerana pening. “ Awak , bangunlah .”Zafriel menggoyangkan badan isterinya .
Hana membuka sedikit selimut yang menutupi mukanya. Dia melihat suaminya duduk di tepinya . “Awak demam ke ?” Zafriel bertanya. Hana hanya mengangguk .Tiba-tiba Zafriel meletakkan tapak tangannya ke dahi Hana . “Panasnya .” “ Awak kena pergi klinik ni .Jom saya bawakan .”
Hana yang terkedu dengan tindakan Zafriel tidak menjawab pertanyaannya. “Apa awak cakap ?” Hana bertanya lagi . “Jom pergi klinik”. Zafriel mengulanginya lagi. Hana menggeleng. “Awakkan demam”. “Kenapa tak nak pergi?” Zafriel bertanya lagi. “ Saya cuma tak sihat sikit je.” Dia kalau demam memang takkan pergi klinik. “Kenapa awak balik lambat ?”Hana mengajukan soalan.
“Saya ada hal tadi.” Hal apanya , padahal petang tadi dia bersembang dengan Aidit sampai tak ingat nak balik rumah.Maklumlah , dah lama tak jumpa .Hana mengangguk . Dia faham suaminya sibuk menguruskan syarikat selepas bapa mentuanya bersara.
Zafriel pula anak tunggal dalam keluarganya , jadi dialah yang kena mengambil alih tugas papanya. “Awak nak makan tak ?” Zafriel bertanya lagi. Hana hanya mengangguk macam orang bisu .Dia memang lapar sebab dari pagi tadi tak jamah apa-apa pun sebab takde selera. “Kalau awak nak makan dekat dapur tu ada ayam KFC. “Pergilah makan”. Pelawa Zafriel. Kebetulan petang tadi dia makan dengan Aidit dekat KFC. Jadi dia belilah banyak sikit untuk isterinya.
Saya naik atas dulu nak mandi. Zafriel segera menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Dia dan Hana tidak duduk sebilik kerana dia tak suka berkongsi bilik. Jadi Hana duduk di bilik tetamu di bawah.
Zafriel turun ke dapur untuk membuat air milo. Tiba-tiba dia dengar kerusi di dapur ditarik oleh seseorang. Di lihatnya Hana sedang berselera makan ayam KFC yang di belinya. “Kata demam, tapi ayam yang aku beli tadi tinggal tulang je. Hampeh punya isteri.
Ehem ehemm. Zafriel sengaja berdehem sebelum masuk ke dalam dapur. Dilihatnya Hana tergopoh-gopoh membuang sisa tulang ayam ke dalam tong sampah. Hana membasuh tangan sebelum segera berlalu dari dapur. Dia langsung tidak memandang ke arah Zafriel. Malu barangkali.
Sementara menunggu air panas, Zafriel sempat memakai bedak sejuk yang di beri oleh neneknya di kampung. Neneknya cakap bedak sejuk boleh haluskan kulit. Sebab tulah tiap-tiap malam sebelum tidur dia mesti pakai. Ternyata betul cakap neneknya. Kulitnya makin hari makin halus Tak payah nak beli produk mahal-mahal dah. Desis hati Zafriel sendirian.Jangan ingat perempuan je yang pakai bedak sejuk tau !
Selesai membancuh milo panas, Zafriel segera mengambil dua biji panadol untuk Hana. Zafriel membuka pintu bilik isterinya perlahan-lahan tanpa di sedari oleh Hana. Zafriel terkedu melihat isterinya sedang khusyuk berdoa di atas sejadah.
“Ya Allah. Kau ampunkanlah dosaku, dosa ibu bapaku, dosa suamiku, dosa keluarga mertuaku dan dosa kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah Kau kuatkanlah aku untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga dan berikanlah aku peluang untuk mengecapi bahagian bersama suamiku. Aminn.
Zafriel terkejut mendengar Hana berdoa sebegitu. Terdetik perasaan bersalah dalam hatinya secara tiba-tiba apabila mengenangkan dosanya terhadap Hana selama ini. Tidak pernah sekalipun dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami kepada isterinya sendiri. Zafriel meneruskan juga niatnya untuk menghantar panadol tadi apabila melihat Hana sudah melipat sejadah dan telekungnya. Hana terkejut kerana suaminya masuk dengan muka penuh dengan bedak sejuk lantas terus melompat ke atas katil lalu berselubung dengan selimut. Sebijik macam kanak-kanak Ribena. Hahahaha
“Kenapa dengan awak ni? Zafriel bertanya. Pergilah hantu hodoh…Nyah kau dari sini..Syuhhh syuhhhh.. Hana menjerit sambil membaca ayat kursi. Zafriel yang berang terus menarik selimut yang menutupi isterinya lalu menamparnya . “Panggg! Hana terus tersedar kerana pipinya terasa pedih. Aduhh! Sakitnya. “Hana mengaduh sambil memegang pipinya yang merah akibat di tampar. “Kenapa awak tampar saya? Tanya Hana. “Sebab awak kata saya hantu hodoh”. Jawab Zafriel menahan geram dan marah.
“Saya terkejut sebab awak pakai bedak sejuk macam hantu. “Lain kali ketuklah pintu dulu sebelum masuk” Hana mula berceramah. Zafriel hanya buat muka menyampah. “Nah, makan panadol ni. “Zafriel meletakkan dua biji panadol dan air milonya di atas meja kecil di tepi katil. “Thanks”. Ucap Hana. Welcome. Balas Zafriel dan terus berlalu ke biliknya untuk menyiapkan kertas kerja yang berlambak.
Hana terus menelan panadol yang di beri oleh suaminya tadi dan menghirup air milo panas yang di buat oleh Zafriel. Ermmm sedapnya air milo ni. Pandai suami aku buat. Ni yang sayang lebih ni. Hana minum hingga licin air milo itu.
Tiba-tiba pintu biliknya di buka. Terjengul muka suaminya. ‘Awak ada nampak air milo yang saya buat tadi tak? Zafriel bertanya. ‘Air ni ke? Hana menunjukkan mug yang telah kosong di atas meja. Zafriel mengangguk tanpa mengetahui air milonya telah licin dibedal oleh Hana. “Saya dah habiskan”. Kata Hana selamba. “What!!?? Zafriel menjerit. Awak kan buat untuk saya”. Kata Hana. “Masa bila saya buat untuk awak? Saya buat untuk saya tapi tertinggal dekat meja tu tadi.” Terang Zafriel panjang lebar.
“Nanti saya buatlah yang baru. Lagi sedap daripada awak buat.” “ Tapi bukan sekaranglah. Saya tidur dulu ye.” Kata Hana lalu menutup lampu biliknya. “You owe me Hana! Marah Zafriel lalu menghempas pintu bilik. Adoi laki aku ni, pasal air milo pun nak bergaduh. Desis Hana dalam hati.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Siapa dalam cermin tu? Hensemya . Zafriel menunjukkan jari telunjuknya di hadapan cermin.Perasan. Dia mengambil briefcasenya dan turun ke bawah.
“Mana Hana ni? Zafriel segera menuju ke bilik isterinya. “Tak de pun. Dah pergi kerja agaknya. Teka Zafriel. Dia menuju ke dapur untuk membuat sarapan. “Siapa yang buatkan ni? Rajinnya. “Hanalah, mana ada sesiapa lagi dekat rumah nie. Di bawah mug itu terdapat sehelai nota kecil.
Saya ada buatkan awak breakfast. Milo ni saya hutang dengan awak semalam. Sedap tau! Penuh dengan kasih sayang saya buat. Saya pergi kerja dulu. Bye!
Isteri yang tercinta,
HANA
Eeee buruknya tulisan. Macam cakar ayam. Tulisan budak tadika pun lagi cantik. Zafriel mengutuk tulisan isterinya. Zafriel tersenyum sendirian.
“Encik Zafriel ada orang nak jumpa”. Liza memberitahu Zafriel melalui interkom. ‘Siapa? “Dato’ Aziz. Dia kata nak bincang tentang projek perumahan. Liza memberitahu dengan lebih jelas.”Okey suruh dia masuk.
“Assalamualaikum Dato’”. Zafriel memberi salam dengan ramah. “Waalaikumsalam”. Dato’ Aziz menjawab salam. “Dato’ nak bincang pasal projek perumahan tu kan? Zafriel bertanya. “Ya saya memang nak bincang pasal projek tu pun”. Kenapa projek perumahan tu belum siap? Bukankah awak cakap projek tu akan siap bulan lepas? Dato’ Aziz bertanya dengan suara yang agak serius. “Maafkan saya Dato’. Ada beberapa masalah sikit. Tu yang saya tak dapat nak siapkan dalam waktu yang telah dijanjikan.” “ Tapi saya janji saya akan pastikan projek tu siap bulan depan.” “Baiklah , saya bagi awak masa sebulan lagi.Kalau masih tak siap juga saya terpaksa batalkannya.” “Okey , terima kasih Dato’.”Saya janji semuanya akan berjalan dengan lancar .Sambung Zafriel lagi. “ Saya keluar dulu.”Dato’ Aziz meminta diri. “Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”Zafriel menjawab perlahan. “Nasib baik Dato’Aziz bagi masa sebulan lagi, kalau tak lingkuplah syarikat aku.” Zafriel lega sedikit. Maklumlah , Dato’ Aziz adalah pemegang syer yang terbesar di syarikatnya.
“Woi ! Hana. Kau ni dari tadi aku tengok asyik berangan je sampailah ke petang.” Tegur Mimi rakan sekerjanya. “ Aku teringat dekat laki aku je.”Hana bersuara. “ Yela kan , laki kau tu dah la hensem , kaya lagi tu.Patutnya kau tak payah kerja dah , goyang kaki je dekat rumah.”Mimi berseloroh. “Aku tak nak la menumpang kesenangan dia. Aku lagi selesa kalau kerja sendiri .” Hana mengeluarkan pendapatnya. “Jomlah kita solat dulu, dah azan Asar ni”Hana mengajak Mimi.Hana tidak pernah meninggalkan solat kerana dia teringat akan kata-kata ustazahnya bahawa ramai manusia di dalam kubur ingin kembali hidup hanya untuk sujud kepada Allah. “Kejaplah , aku nak tutup kedai dulu.”
Selepas solat Asar mereka menyambung semula kerja di butik pakaian itu.Tepat jam 6.30 petang, Hana pun menghidupkan enjin kereta Kancilnya untuk pulang ke rumah. Dia sempat singgah ke pasaraya yang berhampiran untuk membeli barang keperluan di rumahnya.
Hana memarkir keretanya bersebelahan dengan kereta Zafriel. Hana memberi salam namun tiada siapa pun yang menjawabnya. “ Aiikk? Televisyen terpasang tapi takde siapa pun?” “Patutlah senyap je , rupanya Zafriel sedang nyenyak tidur di sofa . Eee, comelnya dia tidur , macam baby ! Berdengkur lagi tu , hahaa. Hana menutup telivesyen dan menghampiri suaminya. Dia menyelimutkan Zafriel .Tiba-tiba tangannya ditarik oleh Zafriel . “Hana , tolong jangan tinggalkan saya .Saya sayang awak.”Hana terkejut mendengar Zafriel berkata sebegitu. “ Mungkin waktu tidur je saya boleh dengar awak cakap macam tu Zafriel …” Tiba-tiba hatinya merintih pilu. Memang dia inginkan seorang suami yang memahami dan menyayanginya seperti mana pasangan yang lain.
Hana menarik tangannya dari genggaman Zafriel dan berlalu ke biliknya. Dia ingin membersihkan diri dan masak untuk makan malam nanti. Zafriel terbangun selepas terdengar bunyi orang memasak di dapur. “Mesti Hana dah balik ni .”Dia bangun dan mengerling jam di ruang tamunya. “ 8.30 malam , lamanya aku tidur .”Zafriel bingkas bangun dan menuju ke dapur untuk membersihkan muka.
“Awak masak ape ? Bau macam sedap je .” Zafriel bersuara lalu duduk di kerusi. “Saya masak ayam masak kurma dengan sayur kailan ikan masin je.” Hana bersuara dan meletakkan hidangan di atas meja. “Jomlah makan , saya tunggu awak bangun sebab nak makan sama-sama .”Zafriel yang menyedari perutnya berkeroncong minta diisi pantas membasuh tangan.
Errkkk… “Alhamdulillah .” Zafriel sendawa kekenyangan. Hana yang sedang mencuci pinggan bersuara. “Sedap tak saya masak ?” “ Boleh tahanlah .” Zafriel menjawab sambil mengorek sisa daging ayam yang melekat di giginya menggunakan pencungkil gigi. Hana yang melihat hanya menggelengkan kepala. “ Tak sedap apanya kalau dah tiga kali tambah .”Hana kembali bersuara. “Okeylah ! saya mengaku awak masak memang sedap .”Puji Zafriel terpaksa. Hana yang dipuji oleh suaminya terasa kembang-kuncup hidungnya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Zafriel semakin buntu. Projek perumahan Dato’ Aziz yang sepatutnya siap seminggu lebih awal masih ada separuh yang belum siap. Hari itu Zafriel pulang lewat kerana berjalan di pasaraya untuk menenangkan fikirannya yang berserabut. Banyak kali dah telefonnya berdering minta diangkat.Mesti Hana yang telefonnya . Tapi dia malas nak angkat .
Hana yang terdengar deruman enjin kereta suaminya terus membuka pintu rumah. Wajah Zafriel kelihatan berserabut sekali . Hana menghulurkan tangan kepada suaminya. Zafriel menyambut huluran tangannya.“ Awak pergi mana ? kenapa lambat balik ? Hana bertanya. Namun pertanyaannya langsung tidak dijawab oleh Zafriel. Suaminya terus berlalu ke biliknya. “Mungkin Zafriel penat sangat kot ?” Hana malas memikirkannya dan terus ke dapur untuk membuat air Milo buat suaminya. Hana mendaki anak tangga menuju ke bilik suaminya. Dia mengetuk pintu . Zafriel menyuruhnya masuk. Hana melihat suaminya sedang sibuk menyemak kertas kerja di meja kerjanya. Dia membuat air kegemaran Zafriel dan berharap suaminya akan suka.
Tidak semena-mena , kakinya tersadung kaki meja dan air Milo yang dibuatnya tertumpah di atas kertas kerja Zafriel. Hana melihat muka suaminya sudah mula menyinga. Tiba-tiba dia berasa gerun. “Habis kertas kerja aku ! Kau ingat senang ke nak buat design ni !!? Zafriel menengking Hana lalu menamparnya sekuat hati. Hana sudah terjelepok di lantai sambil menangis teresak-esak.
“Macam manalah aku boleh kahwin dengan kau ni ?! Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku je ! Zafriel memaki hamun Hana lagi. “Sa..sa.. saya mintak maaf . Saya tak sengaja.” Hana meminta maaf dalam tangisannya yang kedengaran agak nyaring. “Dah ! baik kau keluar dari bilik aku sebelum aku buat kau lagi teruk ! Marah Zafriel lagi . Hana pantas keluar dari bilik itu dengan tangisannya yang masih bersisa.
Zafriel berasa puas selepas melepaskan marahnya akibat kekusutan yang dialaminya di pejabat. Dia langsung tidak rasa bersalah kerana telah melampiaskan kemarahannya terhadap Hana.
Hana menangis semahu-mahunya di atas katil sambil memegang pipinya yang terasa pedih ditampar . Dia tidak boleh melupakan apa yang Zafriel katakan kepadanya tadi. “ Mak…. dia menyesal kahwin dengan Hana. Dia tak sayangkan Hana ..” Hana bertekad untuk pulang ke kampungnya kerana tidak tahan dengan sikap dingin yang dipamerkan suaminya sejak kebelakangan ini.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sudah seminggu Hana berada dirumah emaknya . Dia sebenarnya terasa hati dengan sikap suaminya pada malam itu. “Adik , pergilah balik ke pangkuan suami kamu . Berdosa tau seorang isteri meninggalkan suami tanpa beritahu ke mana kamu pergi .” “Adik tak nak jadi isteri yang nusyuz kan ?”Puan Rosmah menasihati anaknya. Hana mengangguk . “ Tapi Adik terasa sangat dengan apa yang dia dah buat dekat adik.” Hana mengeluarkan isi hatinya . “ Mungkin Zafriel tak sengaja kot ? Adik kena faham , dia mungkin banyak kerja dekat pejabat.” Ada betul juga kata-kata emaknya . Tapi biarlah dia berasa tenang dulu.
“Betul ke Dato’ ? Okey , terima kasih .”Waalaikummussalam. Barulah otak Zafriel berasa tenang sedikit selepas Dato’ Aziz memberitahunya dia akan ke Jepun sebulan. Dia juga memberi masa sebulan lagi untuk Zafriel menyiapkan projek perumahan itu.
Zafriel pulang ke rumah seperti biasa tetapi dia rasa seperti kehilangan seseorang. Tiba-tiba dia teringatkan isterinya. Dirinya diserbu rasa bersalah kerana telah memarahi isterinya dengan begitu teruk sehingga Hana membawa diri. Dia sendiri pun tidak tahu di mana Hana berada.Sudah banyak kali dia cuba menghubungi Hana Namun satu panggilan pun tidak diangkat oleh isterinya.
Zafriel mengambil keputusan untuk pergi ke tempat kerja Hana. Mana tau pekerja dekat situ tau ke mana isterinya pergi . “ Assalamualaikum .”Zafriel memberi salam kepada seorang perempuan yang bekerja di butik itu. “Waalaikummussalam .” Jawab perempuan itu. “ Awak tau tak Hana pergi mana? Saya ni suami dia , dah seminggu dia tak balik rumah .”Kata Zafriel. Ohh , Hana kata dia nak balik rumah mak dia .Jawab perempuan itu. Okey , thanks. Zafriel terus memecut laju keretanya menuju ke rumah mak mentuanya.
“Assalamualaikum.” Zafriel memberi salam . “Waalaikummussalam .” Jawab mak mentuanya . Hah ! datang pun menantu mak ni .Zafriel menghulurkan tangan dan disambut mesra oleh mak mentuanya. “Masuklah .” Pelawa Puan Rosmah . “ Mak ,Hana mana ?” Zafriel terus bertanya . “ Dia ada dekat belakang rumah tengah menyakar sampah.” “Zaf pergi tengok Hana kejap ye mak ?” Puan Rosmah mengangguk.
Dari jauh lagi Zafriel sudah nampak isterinya yang berkain batik sedang menyakar sampah.“Assalamualaikum .” Zafriel memberi salam . Hana yang sedang menyakar sampah terhenti . Dia kenal suara itu, suara yang amat dirinduinya siang dan malam. Tapi dia tahu suaminya tidak mungkin datang ke sini semata-mata untuk memujuknya. Suaminya pasti sedang sibuk di pejabat. Zafriel sedikit kecewa kerana Hana tidak menjawab salamnya . “ Awak ! maafkan saya boleh?” Hana menoleh kerana terdengar lagi suara Zafriel. Dia melihat Zafriel sedang tersenyum dengan senyuman yang paling menawan ke arahnya .
Hana terus berlari-lari anak menuju ke dalam rumah. Nasib baik dia tak lari pecut tadi, kalau tak habis terlucut kain batik yang dipakainya. Karang tak pasal-pasal dapat ‘free show’ je . Hana berbuat demikian kerana dia mahu lihat sejauh mana suaminya ingin memujuknya .
Sudah empat hari Zafriel memujuk isterinya. Namun Hana tetap dingin dengannya. Bermacam-macam cara dilakukannya bagi memenangi hati isterinya semula termasuklah dengan menghadiahkan Hana sejambak bunga mawar pada setiap hari . Tapi tetap tak berjaya.Tetapi dia tidak boleh berputus-asa begitu sahaja.
“Zafriel nak ikut tak ? Mak nak pergi dusun buah-buahan dengan Hana ni.” Zafriel mengangguk. Lagipun dia bosan asyik duduk memerap dekat rumah je. Setelah 15 minit berjalan kaki , mereka pun tiba di dusun. “Wah ! banyaknya buah ! Zafriel begitu teruja melihat banyak buah-buahan yang telah masak ranum itu dan tanpa membuang masa dia terus memanjatnya.
“Zafriel nak buah rambutan tu ambillah.Tapi hati-hati panjatnya.Mak nak ke hujung sekejap nak tengok buah durian yang gugur” Kata mak mentuanya itu lalu meninggalkan anak dan menantunya.
Zafriel terus memanjat sebaik sahaja ibu mentuanya berlalu.Hana pula kelihatan sibuk mendongakkan kepalanya memerhati ke arah pokok manggis yang lebat buahnya itu. “PAPPP!!” Kedengaran suatu bunyi yang agak kuat. “Aduhh, sakitnya!” Hana mengerang kesakitan. “hahaha….” Zafriel tertawa terbahak-bahak dari atas pokok. Cehh! Zafriel rupanya yang baling kulit rambutan . Hana mendapat akal . Dia mengambil buluh yang disandarkan di pokok manggis itu lalu menjolok kaki Zafriel. Zafriel yang terkejut dengan tindakan Hana tidak dapat mengawal keseimbangan badannya lalu terjatuh . Hana menjerit melihat sekujur tubuh Zafriel sudah terlentang di bawah pokok . “Abangg !!” Hana meraung kerana suaminya tidak sedarkan diri. Kepala Zafriel diletakkan di atas pahanya. Air mata Hana jatuh berjuraian di pipinya. “Abangg.. maafkan Hana.” “ Sebab Hana abang jadi macam ni .Hana tak sengaja…” “Sebenarnya Hana dah lama maafkan abang . Abang janganlah tinggalkan Hana. Hana sayang dekat abangg .”
Zafriel yang mendengar hampir pecah perut menahan tawa yang ditahannya dari tadi. “Betul Hana maafkan abang ?” Zafriel bertanya spontan lalu mencium pipi Hana. Hana yang terkejut kerana Zafriel menciumnya terus memukul dada suaminya bertalu-talu. Penat dia menangis , tapi suaminya hanya berpura-pura pengsan. “ Aduh , sakitlah sayang ! Zafriel mengaduh .
“Sebenarnya abang dah lama tunggu sayang maafkan abang sebab abang tak boleh hidup tanpa Hana.” Abang yang salah sebab tak dapat kawal marah abang lepas tu Hana yang jadi mangsa .” Maafkan abang ekk? Hati Hana tersentuh dengan kata-kata suaminya. Zafriel pantas memeluk isterinya dan mencium kepala Hana . Puan Rosmah yang melihat adengan anak dan menantunya hanya tersenyum dan kembali menyambung kembali kerjanya. Dia mengucap syukur kerana anak dan menantunya sudah berbaik semula.
9 Bulan Kemudian….
“Abangg , anak kita teringin nak makan pizza laa.. Hana menjerit memanggil suaminya. “ Yeke anak daddy teringin nak makan pizza ? Ke mummy dia yang nak bulatkan lagi perut tu ?” Zafriel berseloroh. Hana sudah memuncungkan mulutnya. “ Alololo … dah tua pun nak merajuk lagi ke ?” Zafriel bergurau dengan Hana lagi. Suka dia tengok mulut isteri dia yang macam mulut itik tu . Comel. Tiba-tiba Hana menjerit . “Abangg ! saya nak bersalin dah ni . Zafriel yang mendengar Hana menjerit segera mendukung isterinya ke kereta .
Hana yang melihat kekalutan suaminya hanya tersenyum .Dia berasa sangat bahagia kerana dikuniakan suami yang begitu mengambil berat akan dirinya . Dia berdoa agar jodohnya dengan Zafriel akan berkekalan hingga ke akhir hayatnya.Aminn
-TAMAT-
p/s : Maaf kalau cerpen saya ni tak berapa nak best. Ni cerpen pertama saya. Sori kalau cerita ni simple sangat. Hope anda semua terhibur bila baca. Saya baru 14 tahun. Tapi memang minat dalam bidang penulisan ni. Terima kasih. ?
Selasa, 25 November 2014
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar