Oleh:: Emma Ismail
Imtiyaz terkocoh-kocoh mencapai segala beg tangan, beg sandang yang berisi kertas kerja sebelum keluar dari bilik tidurnya. Tiba di meja makan dia mengambil bekas Tupperware dan dimasukkan dua keping roti sandwich. Izdiyad hanya memerhati tingkah adiknya.
“Ni kenapa yang kalut sangat ni?” Tanya Izdiyad sambil menghirup kopi.
“I’m late Abang, Im ada presentation kejap lagi, dengan takut jalan jam lagi, hadui” balas Imtiyaz sambil berjalan ke rak kasut. Sepasang kasut tinggi nude color diambil dari rak dan disarungkan ke kaki. Belum sempat enjin dipanaskan, keretanya sudah menderum pergi meninggalkan kawasan perumahannya yang didiami bersama Abangnya.
* * * * * * * * * *
Imtiyaz gelisah ditempat pemandu. Jam makin berjalan tapi kereta kat depannya yang tak jalan jalan lagi. Haish apa hal yang jam teruk sangat pagi ni. Rasanya dah dekat 10 minit tak bergerak ni. Aishh tak boleh jadi ni ! Imtiyaz dah rasa nak meletup tapi tak tahu nak kena marah siapa? Lagi lah stress !
Dah tak tahan nak tunggu lama, Imtiyaz buat keputusan nak ikut jalan shortcut. Setereng kereta dipusing untuk membelokkan keretanya ke kanan, nak keluar dari barisan kereta yang panjang berjela tu. Baru separuh keretanya keluar, terasa gegaran kecil berlaku di dalam kereta.
“Aduh!” Imtiyaz mengaduh. Tangannya meraba kepala yang terhantuk. Kepalanya terasa berdenyut pening. Buka saja mata baru dia faham yang keretanya telah dilanggar. Ya Allah! Apa bala pagi ni?
Pintu di bahagian pemandu cuba dibuka tetapi gagal. Ni mesti sebab kena langgar ni terus stuck pintu kereta aku. Tak guna betul. Memang Imtiyaz betul-betul menyinga. Sakit di hati hanya Tuhan yang tahu. Sudahlah dia dah lambat ke tempat kerja. Ni Suzuki Swift yang arwah Ayah hadiahkan dulu dah kena langgar. Siapa tak sakit hati kan. Imtiyaz merangkak keluar ikut pintu sebelah lagi.
Elok je dah keluar dari kereta, dia nampak lambang 4 gelang bulat kat kereta orang yang melanggarnya. Cis orang kaya biadab mana yang langgar ni. Si pemilik Audi R8 warna kuning turut keluar dari keretanya. Oh lelaki rupanya. Hm handsomenya kalau rambut pendek. Tapi rambut panjang. Siap ditocang satu lagi. Sungguh tak kacak, nampak macam perempuan aje. Komen Imtiyaz sekilas melihat penampilan anak orang kaya tersebut.
“Hello? Awak ni baru belajar drive ke? Tak tahu undang-undang jalan raya?” terus keluar suara si anak orang kaya menghentam Imtiyaz. Berdesing rasa telinga si gadis. Nampak aje gentleman tapi hampeh.
“Excuse me? You are the one who hit my car? Sekarang nak salahkan saya?” memang silap besar la si anak orang kaya nak cari pasal dengan Imtiyaz yang memang dah sedia panas hati dari tadi.
“Yes, memang saya langgar kereta awak, tapi awak tu yang salah. Tak reti tengok side mirror? Tak reti bagi signal?”
Huh! Makin bengang Imtiyaz. “Tapi yang awak drive laju-laju tu kenapa? Dah tahu jalan jam kan? Luckily I’m okay, kalau apa –apa jadi kat saya macam mana?”
“Serve you right, siapa suruh tak reti ikut undang-undang jalan raya kan?” sinis bahasa si anak orang kaya.
Zara Imtiyaz terangkat kening. What the…? Dia ni kenapa biadab sangat!
* * * * * * * * * *
Jus oren yang dipesan tadi lansung tidak diusik sedangkan Izdiyad sudah menghabiskan semangkuk besar Mee udang. Tengok muka cemberut Imtiyaz pun dia dah tahu adiknya tengah berapi kat dalam hati tu. Tunggu nak meletup je. Hai la, si anak orang kaya yang langgar kereta adiknya ni pun satu, dah dekat sejam tunggu tapi tak muncul-muncul.
Kalau nak diikutkan hati memang dia rasa nak blah je dari situ tapi sebab niat murni si anak orang kaya yang taknak hal kemalangan hari tu dipanjangkan sampai ke balai polis, nak selesaikan antara mereka berdua saja maka Imtiyaz turutkan permintaan si anak orang kaya untuk berjumpa dengannya hari ini. Mujur juga presentation hari tu ditunda ke pukul 11 sebab bos ada hal kecemasan.
“Adik tak ambil nombor phone dia ke ?” soal Izdiyad yang baru saja selamat menghabiskan semangkuk Mee Udang.
“Ahhh lupa pulak, dia ada bagi kad hari tu” baru Imtiyaz teringat. Beg tangan digodek untuk mencari kad nama lelaki itu. Jumpa pun ! Hmm Tajuzzaman Ubaid. Lantas didail nombor yang tertera di kad tersebut. Tak perlu tunggu lama talian di sebelah sana sudah bersambut.
“Hello, Taj speaking” sambut suara di sebelah sana.betul-betul suara jantan tapi serak-serak sikit. Seksi !
“Hello Encik Tajuzzaman Ubaid, saya dah tunggu awak dah dekat sejam, tak reti-reti nak datang lagi ke?” tak mahu rasa tergoda dengan suara macho itu, sengaja Zara Imtiyaz melepaskan marahnya.
“Who are you? Oh wait, awak singa accident tu ye? Tunggu situ lagi lima minit, I’m on my way”
Klik.
Imtiyaz merenung skrin handphone. Ya Allah sabar je lah dengan perangai dia ni. Lansung takda adab, main letak macam tu ja.
“Kurang ajar betul dia ni” adu Imtiyaz kepada si abang.
“Kenapa?”
“Main letak macam tu je, kot nak minta maaf ke apa”
Izdiyad hanya menjungkit bahu. Tak mahu komen apa apa selagi belum kenal dengan gerangan yang melanggar kereta adiknya. Mujurlah hari ini dia cuti, maka boleh lah dia menemani Imtiyaz. Kesian adiknya, sudahlah kereta di bengkel, nak pergi kerja pun susah.
Benar seperti yang dikatakan. Lima minit kemudian lelaki yang membahasakan dirinya sebagai Taj muncul dengan Porsche Cayman warna hitam. Berapa banyak kereta mamat ni ada??? Taj keluar dari kereta dengan t-shirt putih kosong yang dipadankan bersama jeans biru. Rambutnya seperti biasa lah ditocang satu. Ringkas tapi menarik dan tetap kacak di mata Imtiyaz kecuali bab rambut.
“Hi, sorry I’m late, ada hal sikit tadi. Tak boleh nak inform awak sebab saya takde nombor awak” ujar Taj sambil melabuhkan punggung berhadapan dengan Imtiyaz.
Oh reti juga minta maaf rupanya.
“This is my brother, Izdiyad” perkenal Imtiyaz. Taj menyambut salam yang dihulurkan Izdiyad.
“So, macam yang saya cakap hari tu, saya malas nak sambung dekat balai sebab nanti lagi panjang cerita kan, senang kita settle sendiri. Tapi saya nak minta maaf sebab langgar kereta awak walaupun dah terang-terang awak yang salah, maybe salah saya juga la sebab terbawa laju”
Erk! Imtiyaz rasa nak marah juga sebab Taj cakap terang-terang dia yang salah tapi mujur ada perkataan maaf tu yang boleh sejukkan sikit hati dia.
“Hmm, me too, im sorry sebab main keluar aje. Tapi kereta awak tak teruk sangat, setakat pecah lampu kiri je,kereta pulak ada dua tiga biji. Ni yang kereta saya sampai kena masuk workshop, dengan pintu stuck lagi, dah susahkan saya nak pergi kerja hari-hari dan susahkan abang saya juga yang kena hantar ambik saya kat tempat kerja”terkeluar sikit rasa marah Imtiyaz.
“Yeke? Sorry lah, saya tak tahu teruk sampai macam tu? Hmm macam nil ah, apa kata awak pinjam dulu kereta saya? Nanti kereta awak dah ok, boleh lah pulang balik” selamba Taj memberi cadangan.
Hilang akal ke apa mamat ni. Senang-senang je nak bagi orang pinjam kereta dia.
“Ish awak ni gila ke. Kereta mahal awak ni nak bagi saya pinjam?”
“Adik, jaga bahasa tu” tegur Izdiyad apabila Imtiyaz sewenang-wenangnya menggelarkan lelaki di hadapannya si gila.
“Takpe bro, tak ambil hati.” Taj tetap tersenyum. Sungguh Imtiyaz pelik. Hari tu masa accident bukan main marah lagi lelaki ini tapi hari ni okay pulak. Dia ni ada split personality ke apa?
“Cik Imtiyaz, saya tak cakap nak bagi awak pinjam kereta Porsche kat belakang saya ni, kereta ni saya pun nak guna ulang alik pergi kerja”
“Habis tu?”
Taj hanya tersenyum senget.
* * * * * * * * * * * *
Imtiyaz rasa nak jatuh rahang apabila melihat sebuah kereta mini cooper lama di hadapannya. Seorang lelaki yang agak berusia keluar dari kereta itu sambil menyerahkan kunci kepada Taj.Dengan warna pink menyengat. Adoi la, kereta siapa ni? Takkan si Taj ni punya kot. Macam dah takde cat warna lain.
“Terima kasih Cik Ali” Taj berterima kasih pada lelaki yang menghulurkan kunci itu. Mungkin driver dia agaknya.
“Kereta ni ke?” soal Imtiyaz inginkan kepastian.
Taj mengangguk. “Nak test drive?”
Imtiyaz teragak-agak masuk ke tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan sebelum pedal minyak ditekan. Hmmmm, kalau gaya kelajuan macam ni memang hari-hari kena keluar awal la nak pergi kerja, alahai. Dah la warna hot pink, jalan terkemut-kemut tapi boleh lah dari tak ada. Kereta yang berada di bengkel belum tentu lagi bila nak siap. Takkan tiap hari nak susahkan Izdiyad kot.
“So, macam mana? Okay ke?” soal Taj bila Imtiyaz turun dari kereta.
“Hmmm, kira jadi lah, nanti kereta saya dah siap, saya pulangkan balik kat awak, eh by the way ini memang kereta awak ke?”
Taj tergelak sikit. Ouch manisnya dia gelak ! Imtiyaz mula mengawal debar di dada.
“Kenapa? Sebab warna pink ke?” Taj menyoal balas. Laju diangguk Imtiyaz.
“Memang saya punya la tapi dulu bukan warna ni, sekarang dah jarang drive so tersadai je kat garage di rumah, saje je saya kasi cat pink, takde lah saya terlupa lansung kat kereta ni” apa pelik punya alas an yang diberi Taj ni.
“Yeke, ada pulak macam tu, ha ha, apa apa pun thank you sebab bagi pinjam ni”
* * * * * * * * * *
Sepanjang tiga minggu keretanya di bengkel. Memang tebal rasa muka asyik drive mini cooper pink milik Taj. Pergi mana pun memang orang tengok dua kali lah kat kereta ni.Tapi Imtiyaz buat selamba. Tak boleh bayang lah macam mana Taj boleh drive kereta warna ni. Pelik taste mamat tu. Taj ada juga minta nak bayar kos hantar repair kereta tapi Imtiyaz dah naik segan dengan Taj.
Sebut pasal Taj, sejak dia dah pulangkan balik mini cooper pink menyengat tu, dia dah tak jumpa Taj lagi walhal masa dia sedang guna kereta Taj, boleh kata hampir tiap hari juga mereka jumpa.Taj memang tak kerja, nak cuti puas-puas dulu katanya sebab tu lah rajin je tunggu dia kat bawah bangunan tempat kerja dia semata-mata nak lunch. Sampai Izdiyad pun asyik usik dia ingatkan dah bercinta dengan Taj. Tipu lah kalau dia kata dia tak terkesan dengan usikan tu. Sedikit sebanyak ada lah jugak rasa suka.
Tapi sekarang Taj lansung tak call dia, ajak lunch macam selalu. Takkan dia pulak yang nak cari Taj?
* * * * * * * * * * * *
Imtiyaz berdandan cantik pada malam itu. Syarikat tempat dia bekerja ada buat party sempena ulang tahun syarikat yang ke 18 tahun. Sebetulnya dia agak penat hari ini. Tambahan pula dia baru pulang dari berkursus di Kuching selama seminggu. Balik rumah Izdiyad pula out station. Jadi kena balik naik teksi je dari airport tadi. Tapi kawan-kawan yang beria mengajaknya pergi juga ke majlis malam ini, dia turutkan saja.
Mengikut tema ‘Asian Night’ yang diberi, Imtiyaz hanya mengenakan sepasang kebaya yang dibeli di Indonesia. Kebaya jarang bersulam dengan manik berwarna baby blue itu dipadankan dengan kain batik sutera yang sedondon. Rambut pula disanggul kemas dengan fringe di hadapan dan juntaian anak-anak rambut di tepi. Sepasang kasut tumit tinggi juga dari warna biru disarung ke kaki. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia bergerak ke kereta.
* * * * * * * * * * * *
“Monyok je aku tengok kau ni Zara, kenapa?” soal Natalie yang perasan sejak dari awal majlis lagi Imtiyaz kurang bercakap. Imtiyaz ataupun nama penuhnya Zara Imtiyaz Binti Irshad memang dikenali dengan nama Zara dalam kalangan rakan-rakannya. Nama Imtiyaz tu lazimnya kluarga atau kawan rapat je yang kenal.
“Takde lah, penat sikitlah, semalam kan baru balik kursus” jawab Imtiyaz. Sebetulnya dia memang bosan. Dah dekat sebulan dia terbiasa dengan adanya Taj, sekarang tiba-tiba mamat tu hilang macam tu je. Memang dasar singa kejam betul.
“Kau nak balik dah ke? Tunggu lah Tan Sri sampai dulu. Aku dengar anak dia pun nak datang malam ni, orang cakap handsome, he he” Natalie tersengih gatal bila bercakap soal anak bujang kepada pemilik syarikat itu.
“Takyah nak berangan nak menggatal lah, kau tu dah ada tunang nama Syafiq, jangan lupa tu” Imtiyaz mengingatkan. Natalie ni kadang-kadang mata keranjang dia lebih dari lelaki. Pantang nampak yang handsome sikit, mula lah terkeluar miang buluh tu.
“Yelah, tahu la. Eh Zara, apa cerita dengan mamat yang selalu tunggu kau time lunch tu? He he, mamat mini cooper pink yang super hot tu”
Imtiyaz sedikit mengeluh. “Taktahu lah, aku bukan ada apa-apa pun dengan dia”
“Yeke? Dia tak contact kau dah ke?” Natalie cuba mengorek rahsia. Kawan ofis yang sorang ni memang kepoh sikit. Jadi kena hati-hati nak cakap apa apa dengan dia. Imtiyaz lebih senang memilih untuk berdiam. Mujur juga pada ketika itu satu pengumuman dibuat oleh pengacara majlis bagi mengumumkan kehadiran Tan Sri Zayyid dan keluarganya.
Semua pandangan tertumpu ke arah pemilik syarikat itu yang datang ditemani isterinya, Puan Sri Sharifah Nawwal bersama seorang lelaki muda yang lengannya dipaut mesra seorang gadis jelita. Mungkin itu anak bujang Tan Sri Zayyid yang diheboh-hebohkan Natalie tadi. Siapa yang bergitu cantik di sebelahnya itu taktahu lah. Setahu dia Tan Sri Zayyid ada sorang anak je.
“Oh My God! He’s drop dead gorgeous babe, machonya, handsome betul !” Natalie dah mula tunjuk miang buluhnya. Imtiyaz merenung tepat kepada anak bujang Tan Sri Zayyid. Rasa hatinya kosong tika itu. Sedikit sebanyak dia terasa sebak. Bila mata anak Tan Sri Zayyid turut membalas renungannya Imtiyaz rasa pipinya basah. Cepat-cepat air mata dikesat dan dia bangun menyusup keluar dari pintu belakang tanpa sepatah kata.
* * * * * * * * * * *
Esoknya Imtiyaz dikejutkan dengan berita anak teruna Tan Sri Zayyid akan turut bekerja di situ. Tu lah semalam balik awal, kan dah taktahu orang announce pasal hal ni. Semakin hilang semangatnya nak bekerja sebumbung dengan lelaki itu. Sudahnya Imtiyaz hanya mampu termenung di hadapan kertas kerjanya.
“Im???!!!”
Ouch! Terasa bingit telinganya dengan jeritan yang menusuk itu. Sampai pen kat tangan pun terlompat jatuh.
“Huh? Awak? Err.. Encik Taj, kenapa panggil saya?” gugup rasanya berhadapan dengan si kacak ini. Hai la memang Taj ni betul-betul anak Tan Sri Zayyid la, sebab tu dapat baka kacak macam ni.
“Berangan eh?” soal Taj. Kerusi di hadapan Imtiyaz ditarik. Selamba dia duduk menongkat dagu di depan Imtiyaz.
“Saya tengah buat kerja la” Imtiyaz pura-pura membaca kertas di tangannya.
“Habis tu, ni apa ni?” jari Taj menyentuh pipi Imtiyaz. Laju jari yang melekap di pipinya ditepis. Jelingan Imtiyaz buat Taj faham.
“Sorry, tapi pipi awak ada dakwat pen, sampai lunch break pun awak tak keluar, tu kan dah kantoi berangan?”
Baru dia perasan ruang pejabat yang sunyi. Cepat-cepat cermin kecil dicari di dalam beg tangan. Mukanya ditilik. Alamak ! macam mana boleh terconteng muka sendiri. Ni kes terkejut singa jantan ni la tetiba mengaum tadi. Imtiyaz mengetap bibir. Hmm malunya !
“Ala comelnya awak ni buat muka gitu,” Taj merenung Imtiyaz. Rasa terpesona dengan gadis di hadapannya ini.
“Semalam saya nampak awak nangis bila tengok saya? Why ? Miss me eh?” sambung Taj.
“Encik Taj nak ajak saya borak ke? Maaflah saya tak boleh, saya nak keluar makan dulu” Imtiyaz cuba mengawal debar di dada. Hati ni bukannya kuat sangat nak tepis godaan dari Taj. Lebih-lebih lagi bila rambut panjang Taj sudah dipotong pendek dan kelihatan makin kacak, makin kemas, makin seksi. Ahaks!
“Dah 1.30 Im, saya ada belikan awak Mc Chicken, your favourite, kita lunch sama ya? Macam selalu” Beg kertas berisi burger disua kepada Imtiyaz.
“Thanks but no thanks,” tolak Imtiyaz.
Taj buat muka hairan. “Why? Ini kan favourite awak”
“Not anymore”
“Since when?”
“Since you left”
* * * * * * * * * *
“Hey Young man? What happened to you Tajuzzaman? Ayah tengok sejak balik dari Kemboja kau makin rajin termenung je?” Tan Sri Zayyid menepuk bahu anak terunanya.
“I’m in love Ayah” memang Taj ni jenis outspoken betul. Tak ada corner baring dah. Senang ja dia mengaku dah jatuh cinta.
“Lahh, dah bertahun berkepit dengan Celia, baru hari ni nak mengaku tengah angau ke?”
“Ayah ni, Celia tu best friend Taj je lah, kawan dari kecik, agak-agak la nak jatuh cinta dengan budak tu” tepis Taj. Ayah ni nak buat lawak antarabangsa ke apa. Kalau cerita kat Celia mau kena gelak jugak ni.
“Aik, mana lah Ayah tau, dah rajin sangat berkepit, habis tu siapa?” Tan Sri Zayyid cuba mengorek rahsia.
“One of your staff”
“Heshhh kau ni, staff Ayah juga yang kau nak try ya, which one?”
Taj dah tersengih. Teringatkan wajah Imtiyaz buat dia senang. Angau. He he. Tapi sekarang Imtiyaz macam tak suka nak rapat dengan dia. Hmmmm
“Imtiyaz” sebaris nama itu saja yang ditutur Taj.
Tan Sri Zayyid mengerutkan kening. “Yang mana satu ni? Staff baru ke?”
“Takdenya baru Ayah, dia dah lama kerja situ, pengarah projek tu lah”
“Ohhhh , Zara ke?” terus singgah wajah Imtiyaz di minda Tan Sri Zayyid. Kalau yang ni memang on lah. He he he
“Nama dia Zara ke?” bodoh-bodoh alang Taj bertanya.
“Engkau ni, tuan badan kau nak, nama penuh kau tak tahu, Zara Imtiyaz nama penuh dia, anak dara Arwah Dr. Irshad tu, kalau betul kau angau dengan Zara, Ayah on je !”
* * * * * * * * * *
“Im pilih lah baju dulu, Abang sakit perut lah, nak ke toilet jap” kalut-kalut je Izdiyad bagitau. Muka berkerut macam dah tak tahan sangat tu. Imtiyaz hanya tergeleng sambil ketawa kecil. Ralit dia memilih blaus yang tergantung di butik pakaian itu sampai lansung tak sedar ada seseorang yang sedang memerhati.
“Hai Zara Imtiyaz” sapaan itu mengejutkan Imtiyaz.
Rasa nak balik rumah tengok tv je bila toleh muka nampak si Taj Mahal yang murah ni. Huh ! kat ofis pun asyik kacau dia. Kejap-kejap panggil dia masuk bilik. Kejap-kejap minta buat kopi. Dia ingat aku ni secretary dia ke apa. Macam takda kerja lain dah nak buat. Yang Tan Sri Zayyid pula boleh letakkan dia di bawah Taj ni untuk projek baru mereka.
“Hish boring lah asyik muka awak je! Mengintip saya ke apa?” Imtiyaz mendengus perlahan.
“Muka handsome macam ni pun boring? Aishhhh masalah ni. Ha ha, saya datang dengan kawan saya la, teman dia shopping, ternampak awak dok belek blaus ni dari tadi, tu yang tegur. Amboi kat ofis garang, kat luar pun garang. Singa betul awak ni” Taj gelak. Muka tak makan saman lansung.
Imtiyaz menjenguk . kot kot ternampak siapa kawan yang dimaksudkan Taj. Sebenarnya dia ada rasa curious juga.
“Cari apa? Kawan saya ke? Tu haa dia” Taj menunjuk kepada seorang gadis lampai yang sedang membelek beg tangan. Kebetulan pula si gadis menoleh. Alaaa ni perempuan yang malam tu. Taj ni memang tak sensitive lansung laaaaa.
“Hai” sapa si gadis yang sudah pun menghampiri mereka.
Imtiyaz teragak-agak dengan nak senyum atau pun taknak senyum.
“This is Celia, bestfriend forever saya, ha ha, kan Cece”
“Ha ha, Girly You ni Taj, nak bff bagai, loya tekak I” Gadis yang bernama Celia menyambung tawa Taj.
“Nice to meet you Celia, but i have to go, got some works to do, bye!” rasa mual aje tekak dengar makhluk dua orang tu bergelak ketawa. Apa yang kelakar entah. Baik dia cepat-cepat angkat kaki. Kejap lagi call je lah Abang.
“She seems jealous, is that Imtiyaz, huh Taj?”agak terkesima Celia yang tiba-tiba ditinggalkan oleh Imtiyaz.
“Haah, cemburu, cemburu tanda sayang” Taj tersenyum senget.
“Cece!”
Celia mencari arah datangnya laungan namanya.
“Darling? What are You doing here?” manja saja suaranya. Leher Izdiyad dirangkul mesra. Nak buat macam mana, Celia ni memang manja terlebih sikit sampai kadang-kadang rasa macam gedik pun ada.
“Teman adik I shopping, balik kerja tadi terus shoot datang sini”
Taj dah mula hairan dengan babak mesra di hadapannya. Dah kenapa Celia boleh bergedik manja dengan Izdiyad, abang Imtiyaz ni?
“Wait, you guys ada something ke? Kenapa I taktau pun ni Ce?”
“Sorryyyy Taj, I plan nak announce lepas Diyad propose tapi dah terkantoi pulak, hi hi”
“Mana Im?” Tanya Izdiyad bila tak nampak kelibat adiknya.
“Imtiyaz is your sister honey?” Tanya celia yang agak terkejut. Izdiyad angguk. Memang bumi ni bulat. Pusing-pusing berkait kait juga mereka semua.
“She just left, cemburu kat I”
“Aikkk?” tercengang Izdiyad.
* * * * * * * * * * *
Serius sekarang Imtiyaz rasa nak hantuk kepala kat dinding. Lagi-lagi bila melihat siapa sebenarnya bakal kakak iparnya semasa Ibu nak sarung cincin tadi. Ahhhhh malunya. Beria dia cemburu walhal Celia tu girlfriend abang sendiri. Macam mana dia boleh tak tahu ni.Haishhhh. Celia pun dah selamat jadi tunang Izdiyad. Memang Imtiyaz tak tahu nak sorok muka kat mana sekarang ni, lebih-lebih bila nampak Taj yang sedang berborak dengan Celia sambil tersenyum-senyum pandang ke sini. Makin gabra bila Taj mengatur lagkah ke arahnya. Ah sudah ! Celia siap kenyit mata lagi kat Imtiyaz.
“Happy tak?” Tanya Taj.
“Mesti lah happy, abang saya dah nak kahwin”
Sengaja Imtiyaz main tarik tali.
“Nak kahwin dengan Celia pulak kan?”
“Haah, untung abang saya sebab dapat tunang cantik jelita”
Ohh taknak mengalah lagi.
“Untung kat awak lah sebab bila Cece tu dah jadi tunang abang awak, maknanya saya ni memang single lagi”
“Huh, tak faham betul”
Ya Allah dia ni, memang saja nk buat orang geram.
“Nak faham tak?”
“Faham apa?”
“Faham yang awak tak faham tu”
“Haa, fahamkan la saya”
Taj melihat sekeliling. Line clear ni. Port ni tersorok sikit dari orang ramai. Hihi
“Ni faham tak?” Pipi Imtiyaz dicium. “Ke nak kat sini baru faham?”
Laju tangan Imtiyaz menampar bibir Taj yang sedang memuncung ke arah bibirnya. Taj tersenyum senget.
“I love it when you blushing, cantik sangat, buat saya asyik teringat-ingat je, tahu?” bisik Taj rapat ke telinga Imtiyaz.
“I hate You!” Imtiyaz tunduk. Geram dan marah dengan perlakuan biadab Taj. Tapi dia rindukan Taj. Satu esakan halus keluar.
“Im, kenapa nangis ni? Hey, jangan macam ni, I’m sorry okay, tapi awak cute sangat macam apple, tu yang saya rasa nak gigit je” Taj menyeka lembut air mata di pipi gadis itu.
Ni yang Imtiyaz makin geram dengan Taj. Dalam tengah minta maaf tu, ada aje alas an dia nak buat orang marah balik.
“Awak jahat!”
“Kenapa pulak jahat ni? Saya rindu awak gila-gila tau tak?Dah la awak sombong taknak layan saya kat ofis”
“Rindu apa pergi tinggal saya macam tu aje!” bidas Imtiyaz dalam esak yang semakin kuat.
“Aishhh mana ada tinggal macam tu aje, saya join misi kemanusiaan ke kemboja, bukan pergi mana-mana pun.Tak boleh bagitau awak sebab saja nak test awak rindu saya tak kalau saya hilang tetiba” Taj tersenyum senget.
Ada pulak macam tu. Taj mahal ni memang suka buat alasan tak masuk akal. Geram sungguh !
“Rindu saya sangat ke? Sampai terus nangis bila nampak saya malam party tu?”
“Mesti lah rindu, awak tu tak sensitif lansung, datang kepit-kepit dengan perempuan lain” Imtiyaz dah tak mampu nak sorok rasa hati. Biar lah nak malu pun, sekali ni aje.
“Nak buat macam mana, Cece memang macam tu , he he,” Taj tayang muka tak bersalahnya.
Imtiyaz hanya diam.
“Sayang kat awak” tiba-tiba Taj bersuara. Dengan senyum paling manis buat Imtiyaz. Hadoi mula lah Imtiyaz rasa nak terbang melayang ni. Hihihi. Tapi automatic muka blushing. Eh malu-malu kucing pulak Imtiyaz ni.
“Sayang kat saya tak?” soal Taj. Suka dia melihat muka comel Imtiyaz yang memerah. Dah tahu Imtiyaz malu lagi lah dia nak usik.
“Sayang” perlahan saja suara Imtiyaz.
“Haaa?? Tak dengar la” kura-kura dalam perahu betul lah Taj mahal ni.
“Ish, sayang lah” suara Imtiyaz naik satu oktaf.
“Sayang ke?” Taj makin seronok mengusik.
“Sayang lah bongok! Awak ni kenapa perangai macam ni . Eeee geram lah rasa nak sepak jeeeeee,” sambil bercakap sambil kakinya bergerak menyepak, dan tepat ke tuuuuttttttttt!.
“Adoi!” Taj mengepit kaki. Penangan disepak Cik Singa ni,memang senak sampai ke ulu hati !
“Hah, faham tak macam mana sakitnya rindu kat awak, sakitnya sayang kat awak, macam tu lah”
Imtiyaz ni, bukan nak tolong tapi gelakkan dia je.
“Awak, nanti kita kahwin takda zuriat baru tahu”
“Taknak lah, hmm habistu nak saya buat apa? Takkan nak urut?” bendul betul soalan Imtiyaz ni.
“Kelakar nya sayang ni, hihi” Taj tergelak tapi seksa benar tengok muka dia nak gelak tu. Imtiyaz turut tergelak. Sungguh dia rasa bahagia. Bunga-bunga penuh di hati. Benarlah, kalau dah jodoh tu tak ke mana.
* * * * * * * * * * *
Selasa, 25 November 2014
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar